Wednesday, September 14, 2011

sejarah batu bersurat terengganu


Agak aneh dan pelik kenapa Batu Bersurat yang mengandungi ayat Qur’an serta tulisan aturcara itu telah di gunakan sebagai alas kaki guna membasuh kaki di Masjid Kampung Buloh dimana ianya di gunakan. Mengikut beberapa sebab yang di ceritakan oleh penduduk tempatan bahawa semasa Batu Bersurat itu di jumpai, ianya telah bersalut dengan selaput batu luaran dan hanya setelah sekian lama ianya di gunakan, saluran batu luaran itu terhakis sedikit demi sedikit sehinggalah menampakan tulisan di atasnya. Sebab lain yang di berikan adalah bahawa para penduduk tidak dapat membaca atau memahami tulisan jawi yang kebanyakannya mengandungi bahasa jawa kuno sehinggalah ianya di terjemahkan oleh pihak kerajaan Inggeris.


‘......Pada tahun 1902, Saiyed Husin Ghulam al Bukhari singgah di masjid Kampong Buloh untuk menunaikan sembahyang zohor. Bila sampai di masjid. Saiyed Husin ternampak setongkol batu bertulis dengan tulisan jawi terletak di tangga masjid digunakan untuk pelapik tempat orang membasuh kaki. Selepas sembahyang, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali bin Sulaiman dan bilal masjid membawa batu itu ke perahu untuk di persembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III.’ (Catatan Mohd Zabidi Haji Saidi – Hulu Terengganu Menuju Keemasan) 


Hasil dari pendapat ini, timbul pendapat yang mengatakan bahawa Batu Bersurat yang di tuliskan itu berasal dari Tanah Jawa dan di tulis oleh orang jawa. Sekiranya pendapat ini benar, dengan sendirinya akan menyingkirkan pendapat bahawa Batu Bersurat itu di bawa dari negeri Cina kerana kandungan bahasa yang di gunakan itu. 

2 comments:

best... juga dapat membaca sejarah dulu 2.

Batu itu adalah tulisan Melayu jawi lama bukannya mengandungi ayat al Quran. Ianya adalah mengenai hukum hudud iaitu undang-undang Islam. Ianya patah ketika dibawa ke Kuala Terengganu dengan perahu dan jatuh kedalam sungai dan tidak ditemui lagi hingga sekarang.Sebab itulah setengah ayatnya tergantung..... Dahulu Batu Bersurat dibawa ke Singapura oleh pihak British untuk diterjemahkan tetapi tidak dapat dan dihantar ke Arab kerana disangkan tulisan Arab tetapi tidak dapat diterjemahkan juga akhir sekali dibawa balik ke Tanah Melayu akhirnya dapat diterjemahkan. Dewata Mulia Raya itu bermaksud Allah S. W. T. Raja yang memerintah ketika itu ialah Raja Mandalika.

Makna yang tecatat muka depan batu;-

RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam.
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentuan itu fardhu pada sekalian Raja Manda
. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Makna yang tecatat muka belakang batu;-
Keluarga di Benua jauhkan
(Datang berikan. Keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil … (a)mbil hilangkan emas.
Kelima derma barang orang … (mar)dika.
Jangan mengambil (tugas buat) temasnya
Jika ia ambil hilangkan emas. Keenam derma barang
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak Mandalika …

Makna tulisan muka kanan batu;-
Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika ia …
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se(paha …
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil …
Tujuh tahil sepaha masuk bendara. Jika O(rang)...
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak...
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara....

Makna tulisan muka surat batu sebelah kiri:-
...tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
.....Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya
..... Ke sepuluh derma jika anakku atawa pemainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
...tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya.
...di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More