Wednesday, September 14, 2011

makam HANG TUAH sebenar



“Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua. “Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India
Edisi Nasional: Cucu Hang Tuah Oleh Yusri Abdul Malek dan Mohd Yatim Latif am@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang lelaki, Ismail Mohamed Yaacob, 40, mendakwa sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang Tuah yang terkenal kerana kesetiaan dan jasa kepada beberapa sultan Melaka sepanjang sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.
Ismail yang lahir dan menetap di Singapura mendakwa mempunyai bukti iaitu dua gelang tangan yang dikatakan dipakai Hang Tuah dan berusia lebih 500 tahun serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis Tun Kulah atau Kola yang juga sepupu Hang Tuah.
Gelang berkenaan yang didakwa bertatah batu petir dipercayai disimpan turun-temurun dan diwarisinya hingga kini. “Pendedahan mengenai keturunan Hang Tuah ini bukan mempunyai apa-apa kepentingan tetapi saya cuma mahu generasi hari ini tahu bahawa cerita Hang Tuah adalah benar dan bukan rekaan atau dongeng,” katanya ketika ditemui.
Ismail berkata, semua keturunannya tinggal di Kampung Sungai Duyong, di sini, sejak zaman-berzaman tetapi pada sekitar 1940-an, bapanya, Muhamad Yaacob Abdullah terpaksa melarikan diri ke Singapura selepas diburu komunis yang mengganas ketika itu. Menurutnya, disebabkan sayangkan generasinya, dia sendiri menjalankan kajian terperinci berhubung salasilah dan susur-galur Hang Tuah bagi membuktikan Hang Tuah benar-benar hidup ketika zaman kesultanan Melayu Melaka.
“Saya akui terdapat 11 versi cerita Laksamana Hang Tuah yang berbeza disebabkan tiada pihak mahu mengkajinya secara mendalam. “Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua.
“Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India. “Semua ini diceritakan dari generasi ke generasi dan ia fakta sejarah. Jika benar dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah mati di Tanjung Kling, kenapa penduduk sekitar yang tinggal di situ menafikan fakta itu.
“Penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun sudah pasti tahu kubur siapa yang ada di kampung mereka berdasarkan cerita dari mulut ke mulut,” katanya. Ismail juga mendakwa mempunyai bukti bergambar bahawa makam Hang Tuah ada di Palembang.
Begitu juga makam Hang Lekir, Lekiu dan Kasturi yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau. Menurutnya, dia sudah menjual manuskrip asal Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara sekitar 1990-an dengan harga RM20,000.
“Naskhah itu diakui asli oleh Perpustakaan Negara dan kini sedang dipulihara,” katanya. Katanya, dia juga pernah berjumpa pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) berhubung dakwaan itu tetapi Perzim tidak mengambil langkah untuk meneliti atau menyiasatnya.
“Saya berharap sejarah ini dikaji semula demi generasi akan datang dan saya sedia bekerjasama dengan Perzim,” katanya.

50 comments:

Assalammualaikum

Saya ingin berbicara dan bertanya satu dua perkara . Sudilah kiranya tuan menghubungi saya.
Tuan boleh email saya di qa_yyum@yahoo.com.

Terima kasih
tokpakehtemenggong
0172891890

siapa tahu nama sebenar panglima HANG TUAH

Tau2...nama hang tuah sebenar adalah lantak pi kat hang....seorang kaki putar belit...bodoh..kaki ampu...mementingkan pangkat dan harta....itulah hang tuah....hero melayu adalah hang jebat....fakta telah ditukar seperti mana umno menipu rakyat skrang...sbb umno sama seperti hang tuah...

Hang tuah adalah macai sejati. Bunuh jebat sebab jebat back up dia. Seperti macai umno,berkali ditipu pun tak sdar2 juge. Sedih2

Semua cerita atas cerita.. cerita karangan british memutar belit kn fakta bg menunjuk kn betapa bangsat nya melayu.. hey kamu kenal tuah?? Tuah x sebodoh kamu fikir kn smpai sanggup membunuh saudara sendiri.. tak mungkin bisa menipu tuah.. cerita dongeng ni semua nk menunjuk kn bangsat nye melayu bertelagah sesama sendiri. Apa kalian igt org2 dahulu seperti kalian tewas dalam permainan freemeson hari ini kalian silap. Barang kali kalian lupa bangsa apa yg menghina baginda rasullullah dgn mngatakan baginda gila sex?? Sultan melaka gila sex?? Fikir baik2.. kalian fikir mngapa british jajah tanah melayu? Bunuh pahlawan2 melayu?? Mat kilau datuk bahaman kiay salleh?? siapa yg bawa masuk cibai dan pundek ke pulau ini.?? Atas tujuan apakah mereka di bawa ke mari dn di biar kn tinggal menetap di sini utk apa!!!!!!

Hrp kan penjelasan tuan putera terakhir...

Hrp kan penjelasan tuan putera terakhir...

Syukur maseh ada kerabat tuah. Tentu maseh ada kerabat sahabatnya yang 4 juga. Hanya mereka sahaja yang tahu.

Sy setuju dgn putera terakhir...ada versi dari keturunan hang tuah.juga.. Tak silap saya...dlm majalah pendekar.... Memang hang tuah ada berlawan dgn hang jebat...tapi hang tuah memang bijak menyuruh hang jebat melukakan jarinya...dan hang tuah mengatakan hangjebat telah mati kpd khalayak ramai

Hang tuah tak mati, hang tuah ghaib.. Hang tuah bsaudara dgn hang jebat.. Hang tuah belajar ilmu ketuhanan @ ilmu sufi tahap tertinggi selepas dia tidak dapat ketemu dgn pgl. Pgl adalah puteri dr kayangan.. Nak pcaya tpulang tak xnak pcaya tpulang..

This comment has been removed by the author.

Tuah tak mati , tuah ghaib. Tuah belajar ilmu kesufian melepasi maqam tujuh ghaib. Dia taraf wali allah.. Ramai yg slh anggap dgn tuah. Ada juga jin menyamar jd tuah dan datang damping pada sesiapa dan ngaku keturunannya. Memang bnyk versi tentang tuah tp yg benar2 tuah tak ramai yg tahu

Tuah tak mati , tuah ghaib. Tuah belajar ilmu kesufian melepasi maqam tujuh ghaib. Dia taraf wali allah.. Ramai yg slh anggap dgn tuah. Ada juga jin menyamar jd tuah dan datang damping pada sesiapa dan ngaku keturunannya. Memang bnyk versi tentang tuah tp yg benar2 tuah tak ramai yg tahu

Nama hang tuah adalah fatahillah

Saya ada juga dengar teori bahawa mereka semua adalah pahlawan dari negara cina dan datang ke Melaka bersama laksmana cheng ho bersama mengiringi puteri hang li po. Jika lihat kpd nama mereka berlima,,mcm ada kebenarannya jugak. Tiada dalam salsilah org melayu yg nama mereka bermula dengan " Hang". Teori ini mengatakan nama sebenarnya ialah Hang Tu Ahh. Beliau sama keturunan dgn puteri Hang Li Po. Wallahu a'lam.

yg paling sbnrnya tahu ialah Allah. dah x payah nk bt versi ikut akal sndiri.

yg paling sbnrnya tahu ialah Allah. dah x payah nk bt versi ikut akal sndiri.

ya...saya tahu. dan itu keturunanku. hubungi sy.0199618878

Hyuang Dynasty Southern China. Nama sebenar Hyuang Too Ahh, Hyuang Jee Bat, Hyuang Lee Khir & Hyung Lee Kiew...manakala Shun Kush Tore keturunan mamak.

Hyung Too Ah seorang khunsa, sbb tu ada perigi sendiri. Waktu berguru dipergunungan beliau dibuatkan bilik khas. Teman wanita beliau org darat diserahkan jadi gundik raja. Menolak cinta Tun Teja, sbb bkn lelaki sejati. Waktu berkeris dng Taming Sari yg telah bersumpah tidak akan bertikam dng wanita...tergamam apabila ternampak alur buah dada Hyuang Too Ah wktu berkeris. Dto' Bendahara tidak mnjalankan hukum bunuh terhadap Too Ah kerana mndapati Too Ah mempunyai sepasang buah dada wktu Too Ah mendedahkan Dada supaya ditikam.

Benar! Tepat sekali. Hyuang Too Ah itu khunsa...mati ghaib sbb tkut diketahui ummum bila mati wktu mndi myat sepasang buah dadanya akan dilihat orang.

Benar! Tepat sekali. Hyuang Too Ah itu khunsa...mati ghaib sbb tkut diketahui ummum bila mati wktu mndi myat sepasang buah dadanya akan dilihat orang.

Hyuang Dynasty Southern China. Nama sebenar Hyuang Too Ahh, Hyuang Jee Bat, Hyuang Lee Khir & Hyung Lee Kiew...manakala Shun Kush Tore keturunan mamak.

Hyung Too Ah seorang khunsa, sbb tu ada perigi sendiri. Waktu berguru dipergunungan beliau dibuatkan bilik khas. Teman wanita beliau org darat diserahkan jadi gundik raja. Menolak cinta Tun Teja, sbb bkn lelaki sejati. Waktu berkeris dng Taming Sari yg telah bersumpah tidak akan bertikam dng wanita...tergamam apabila ternampak alur buah dada Hyuang Too Ah wktu berkeris. Dto' Bendahara tidak mnjalankan hukum bunuh terhadap Too Ah kerana mndapati Too Ah mempunyai sepasang buah dada wktu Too Ah mendedahkan Dada supaya ditikam.

salam...saya amat bersetuju dengan putera terakhir berbicara cerita tentang perihal laksamana hang tuah itu...ini kerana laksamana hang tuah adalah tun saaban merupakan sultan acheh bergelar iskandar muda thani merupakan anakda ke 2" kepada RAJA KOTA BERUAS GANGGA NEGARA PERAK...IAITU "SULTAN NAI HISBU MUADZAM SYAH" makam nya berada di acheh...ini adalah cerita ada bukti dan faktar yg jelas dan benar sejarahnya....???

haaa 😯😑😑😑 banyak betul versi hang tuah ni. kalau hang tuah ni banyak nama kenapa kerajaan vijayanagara di selatan india menyebut sebagai hang tuah tidak memyebut sebagai nama lain hmmm 🤔 dan knp kerjaan ryuku di selatan kepulauan jepun juga tidak menyebut nama hang tuah sebaliknya hanya sebagai utusan panglima kerajaan melaka pd zmn pemerintahan sultan mahmud sahaja dan nama hang tuah adalah di gunakan dengan tujuan untuk merahsiakan waris dan nama sebenar beliau. kira hang tuah ni macam perisik kerajaan melaka juga sebenarnya dan cuba berselindung atas nama hang tuah terebut demi merahsiakan identiti sebenar beliau sehingga penjajah pun tertipu dengan ideologi beliau untuk memastikan penjajah tidak mencari keturunan ini. wallahualam

Sebelum Parameswara membuka Melaka, ia tidak berpenghuni. Kalau ada pun mereka mungkin sebahagian dari orang kelompok yg lebih dikenali sebagai 'orang laut', terdiri dari pelbagai suku Melayu yg sedia wujud dan bertaat setia kepada Kerajaan Sriwijaya. Mereka adalah nelayan pesisir pantai dan mengusahakan penanaman padi di pesisir pantai serta pulau2 sepanjang selat di antara Tanah Semenanjung dan Sumatera.
Penghijrahan Parameswara, waris salah seorang putera Empayar Sriwijaya, disertai separuh dari penduduk asal Pulau Temasik yg dikenali sebagai Orang Selat. Merekalah sehinggga kini menjadi datuk nenek asal orang Melaka. Mungkin sebab itu orang Melayu Singapura sering mempunyai pertalian persaudaraan dengan orang Melakaa dan sebaliknya.
Persoalan Hang Tuah berasal dari mana. Jika beliau asal Melaka, dia tergolong dari salah satu kelompok 'orang laut' yg mendiami pesisir laut serta Kepulauan Alam Melayu dari pantai Sumatera hingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Terdapat kisah menyatakan beliau anak raja dari Gowa, Makasssar, bernama Daeng Merupaweh @ daeng Mempaweh berketurunan Bugis. Sultan menamakannya "Hang Tuah", gelaran Hang yg kesembilan yg dikhususkan untuk pahlawan muda dan istiadat ini disebut ssebagai "perhangan' dalam Salatusus-Salatin, Allahu a'lam

zainudin jani...wtf!! u know nuts about ur own people history. What a shame!!

Daeng Merupawah putera raja bajung from Goa Sulawesi is Hang Tuah. He was 12 years old when recruited and given training. Written in Sulalatus Salatin by Tun Sri Lanang. After his death and burial in Tanjung Keling, Khoja Hasan (son in law of Tuah) became Laksmana and later succeeded by Hang Nadim son of Hang Tuah.
Many Malays are not knowledgeable of their own history. Hang Tuah did not meet Puteri Gunung Ledang, he was too old to climb up but stayed down and sent someone up. Tun Teja was instead kidnapped by Hang Nadim, because Hang Tuah had died. Movies and cerita dongeng told by the illiterate people of Melaka contributed to many versions of myth and legend.
Instead, The Sulalatus Salatin manuscript is the best reference. Laksmana Hang Tuah btw is just a bit character in the history books. Great but other historical figures are just as important as he is.

Hebat bisa dapat sejarah beliau..keturunan darah raja bajeng di Kerajaan Gowa..subhanallah..yg di bawah semasa kecilnya oleh utusan kerajaan Melayu..
Kalau ada yg bisa dan mendapatkan hidayah dr sang maha mengetahui..atau mempunyai kelebihan dr yg Maha kuasa bisa berkomunikasi dgn Dua Alam..silahkan ke BuTTA Gowa ..di kerajaan Gowa di Makassar ..kami siap mengantarkan dan berkomunikasi langsung dgn beliau dgn Izin Allah..insyaallah semoga di ridhoi..

Ini amail saya rudiartobudi@gmail.com
Mobile saya +6285213541222
Makassar Sulawesi Selatan
Semoga bisa di pertemukan sama keturunan beliau yg berada di tanah Melayu..dan bisa mengetahui sejarah keturunannya sendiri..dan ga usah di perdebatkan diluar sana..di sebabkan beliau adalah sejarah Melayu berdarah Bugis Makassar..kalau berani dan mau bukti kami bisa buktikan dgn ridho Allah SWT..Bismillahirrahmanirrahim.

Aduuhhh... Betul ke cerita ni? Lain macam pulak bunyinye...

Sy pecaya hang tuah dan taming sari ghaib kedua2nya sekali.

Salam.bagaiman tahu hang tuah ghaib..ada bukti

Jebat dahaka kerana membela kau tuah yg disangka mati difitnah oleh pembesar pembesar sultan akan cemburu pangkat dan dajat sultan yg memberi kpd hang tuah..tetapi hang tuah tidak mati.malah di simpan di ulu melaka..

Jebat dahaka kerana membela kau tuah yg disangka mati difitnah oleh pembesar pembesar sultan akan cemburu pangkat dan dajat sultan yg memberi kpd hang tuah..tetapi hang tuah tidak mati.malah di simpan di ulu melaka..

Taming sari kini ada pada sultan perak, dan menjadi salah satu alat kebesaran negeri perak..

Hang too ah, hang jee fatt, hang lee quer, hang lee qiu

Hang Tuah adalah melayu Bugis Dan Ibunya Melayu kepulauan Riau

Hahahahhaa banana betul la statement nii..

Kita Tak tau apa jgn dok pandai Komen ,,,ini cerita ratusan tahun dahulu ,,,,Kita pun Tak tau suasana Masa tu

Nabi pun wafat.. Apatah lagi waliyullah.. Dan yg masih hidup..hnya nabi khidir dan nabi isa yg di angkat ke langit.. Yg tu ja

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More