Sunday, June 19, 2011


SELEPAS melewati bumi Hatyai, Thailand dengan kereta api, penulis beralih ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula dengan pengangkutan itu. Sememangnya, tiada sebab untuk penulis menolak pelawaan daripada Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) untuk meneroka negeri Kelantan Darul Naim.
Meskipun sesetengah orang berpendapat lokasi seperti Tanah Merah dan Dabong agak terasing, penulis percaya ada sesuatu yang unik yang boleh diselongkar di sana.
Perjalanan melintasi 56 buah stesen bermula dari Stesen KL Sentral tidaklah memenatkan. Jika dibandingkan dengan perjalanan ke Hatyai yang memakan masa 16 jam, perjalanan kereta api kali ini hanya mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Tanah Merah.
Aura kembara mula menjentik emosi tatkala gerabak kereta api secara berdikit-dikit berhenti di Stesen Keretapi Gua Musang menjelang subuh. Suasana gelap telah mengaburi pemandangan lokasi gua yang tersergam megah di belakang stesen berkenaan.
Sedang leka menghayati pemandangan klasik di stesen itu, tanpa semena-mena, bahu penulis disentuh oleh seorang tua yang berjanggut putih sambil berkata: "Lebih baik kamu sambung tidur sebab kelibat penjual sayur kampung di stesen sudah tidak ada lagi."
Lantas, dengan perasaan yang sedikit kecewa kerana tidak dapat menyaksikan senario tradisi itu, penulis segera memasuki gerabak semula.
Kampung Cina terawal
Pagi yang cerah segera menceriakan rombongan media yang turut disertai wartawan Singapura di Stesen Keretapi Tanah Merah.
Halwa telinga kami dihidangkan dengan sambutan paluan alat muzik yang dipanggil kertuk. Agak sukar pada mulanya menangkap ritma instrumen itu, namun tradisi memainkan alat muzik zaman dahulu kala itu membuatkan penulis berasa kagum.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More