CERITA LAKSAMANA HANG TUAH.. DAN PUTERI GUNUNG LEDANG

cerita ini hanya luahan hati sahaja.. atas apa yang dilihat dari sebuah filem.
harap anda terhibur..:-

tugas HANGTUAH mempertahankan melaka bumi berdaulat..dan taat kepada perintah sultan MELAKA..
keamanan NEGERI MELAKA tanpa kacau bilau disaat adanya HANGTUAH menjadi laksamana MELAKA, adakah hangtuah bersalah kerna cinta yang hadir itu bukan kehendaknya..
cinta diantara HANG TUAH dengan PUTERI GUNUNG LEDANG berputik sewaktu tuan puteri menziarahi MELAKA.. CINTA itu buta dan hanya hadir pada hati yang luhur diantara HANGTUAH DAN TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG.. akan tetapi cinta itu terhalang dengan tertewas nya MAJAPAHIT di tangan pemerintahan SULTAN DEMAK..
keangkuhan MAJAPAHIT telah memaksa SULTAN DEMAK menyerang MAJAPAHIT.. dan MAJAPAHIT amat huru-hara di waktu itu..,
maka KERAJAAN MAJAPAHIT dengan sewenang-wenang nya membuat TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG sebagai ikatan antara KERAJAAN MAJAPAHIT DENGAN MELAKA..
namun begitu TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG amat kecewa dengan SIKAP ABANG nya sendiri iaitu RAJA MAJAPAHIT.. dengan mudah memperdagangkan TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG pada SULTAN MELAKA.. tindakan itu membuatkan TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG melarikan diri ke puncak GUNUNG LEDANG dengan penuh rasa kesal akan perbuatan abang nya..tanpa ada sesiapa yang menemani TUAN PUTERI di puncak gunung ledang, di titah kan oleh SULTAN MELAKA untuk meminang TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG di puncak gunung ledang...
sebelum pertunagan itu berlaku, KERAJAAN MAJAPAHIT telah mengetahui akan hubungan LAKSAMANA HANG TUAH dengan ADINDA NYA PUTERI GUNUNG LEDANG...
maka berlangsung lah pertunagan antara SULTAN MELAKA dengan KERAJAAN MAJAPAHIT. rombongan pertunagan itu di KEPALAI oleh LAKSAMANA HANG TUAH..
dengan rasa sedih dan hiba LAKSAMANA HANG TUAH menurut titah perintah SULTAN MELAKA.. rombongan peminagan dari melaka itu yang memebawa 7DULANG ke semuanya menuju puncak GUNUNG LEDANG.. rombongan peminagan itu bertolak selepas subuh.
namun begitu kehadiran rombongan itu dapat dirasai TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG..
sewaktu dalam perjalanan ke puncak GUNUNG LEDANG.. pelbagai rintangan telah menimpa rombongan PEMINAGAN dari melaka itu.. dengan ilmu SAKTI yang ada pada TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG maka di seksanya sombongan itu dengan terikat nya beberapa pengikut rombongan peminagan di atas pokok..
sewaktu kejadian huru hara itu berlaku, dirasai oleh LAKSAMANA HANG TUAN di lubuk hatinya rintangan yang di laluinya ini adalah dari ILMU SAKTI TUAN PUTERI GUNUG LEDANG untuk melumpuhkan rombongan peminagan itu. maka di seru oleh LAKSAMANA HANGTUAH didalam lubuk hatinya untuk memberhentikan perlakuan yang mengundang kepada kecelakaan diri nya dan pengikut ROMBONGAN itu..
hanya kata-kata yang bersulamkan SAKTI dapat memberhentikan malapetaka itu..
sungguh sedih TUAN PUTERI bila rombongan itu di KAPALAI OLEH LAKSAMA HANGTUAH yang amat disayangi nya..walaupun kata-kata utusan peminagan itu bukan lahir dari mulut LAKSAMANA HANGTUAH sendiri.. akan tetapi kata-kata peminagan itu di hunuskan oleh PENGIKUT ROMBONGAN peminagan itu yang dikenali sebagai ORANG KAYA.
akhir nya termetrai jua LAFAZ peminagan yang tidak di setujui oleh TUAN PUTERI..
namun begitu TUAN PUTERI diberi 7 SULAM KATA semuanya untuk menolak pemintaan SULTAN MELAKA yang ingin mengambil TUAN PUTERI sebagai permaisuri NEGERI MELAKA..

syarat yang pertama :-
   AIR MATA DARA YANG TIDAK BERDARAH 7 TEMPAYAN BANYAK NYA..
   jawapan nya 7 tempayan air mata anak dara sunti

syarat yang ke dua :-
   PINANG BUKAN NYA KAHWIN KERANA TIDAK TUA, MERAH DARAH NYA.. 7     TEMPAYAN BANYAK NYA
    jawapan nya 7 tempayan air pinang muda

syarat yang ke tiga :-
   MERANGKAK BEBAS DIDATARAN, DARAH JUGA KEHENDAK NYA, SIFATNYA 7 DULANG BANYAK NYA.
    jawapan nya 7 dulang hati hama

syarat yang ke empat :-
  TERBANG BEBAS DI UDARA  DARAH JUGA KEHENDAK NYA SIFAT NYA 7 DULANG BANYAK NYA
  jawapan nya 7 dulang hati nyamuk

syarat yang kelima :-
    DARAH PUTIH RAKYAT  UNTUK MENANBAT DARAH KUNING DARI TAPAK KE TAHTA
  jawapan nya jambatan perak dari melaka ke puncak gunung ledang

syarat yang ke enam :-
   DARAH MERAH RAKYAT UNTUK MENANBAT DARAH KUNING DARI TAPAK KE  TAHTA
 jawapan nya jambatan emas dari melaka ke puncak genung ledang

syarat yang ketujuh :-
  DARAH SEGUNTANG TETAP MENGALIR,BADAN BERSILIH MENANTI SEBATIL
 jawapan nya darah putera SULTAN MELAKA.

sewaktu perjalanan peminagan itu pulang ke istana melaka.. LAKSAMANA HANG TUAH TELAH BERHENTI di suatu kawasan, kerana terasa ada sesuatu yang perkara buruk akan berlaku.. dilihat nya RAJA MAJAPAHIT abang kepada PUTERI GUNUNG LEDANG muncul dihadapan LAKSAMANA HANG TUAH, bertanyakan akan cinta LAKSAMANA HANGTUAH KEPADA ADINDANYA PUTERI GUNUNG LEDANG, maka tercetuslah satu pertarungan tikam menikam antara LAKSAMANA HANG TUAH DENGAN RAJA MAJAPAHIT, pertarungan itu amat berunsurkan kuasa sakti yang sama TANDINGAN di antara mereka, pertarungan itu di menagi oleh LAKSAMANA HANG TUAH, namun begitu LAKSAMANA HANG TUAH masih berasa tidak puas hati akan peri laku RAJA MAJAPAHIT KEPADA PUTERI GUNUNG LEDANG untuk menolak cinta dari LAKSAMANA HANGTUAH pada ADINDANYA SENDIRI PUTERI GUNUNG LEDANG, lalu LAKSAMANA HANG TUAH berTekat untuk berhentikan di pertengahan perjalanan pulang ke melaka, kerana tidak sanggup melihat SULTAN MELAKA mengahwini PUTERI GUNUNG LEDANG kerana dalam DIRI LAKSAMANA HANG TUAH apa yang dikehendaki SULTAN semua rakyat HARUS MEMATUHI, dengan penuh sengsara LAKSAMANA HANGTUAH menaggalkan pakaian dan tanjak nya untuk di pulang kepada SULTAN MELAKA,
setibanya di melaka rombongan peminagan itu mengusulkan keinginan TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG kepada SULTAN MELAKA, dengan penuh hasrat dan tanpa  memikirkan KE 7 SULAM KATA itu SULTAN MELAKA sanggup mengorbankan  ANAKDA nya sendiri, SULTAN MELAKA sanggup menuruti ke tujuh-tujuh sulam kata yang diberi oleh TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG tanpa menghiraukan darah DARAH ANAKDA nya mengalir
maka sewaktu SULTAN MELAKA ingin mengorbakna ANAKDANYA, turun lah TUAN PUTERI dari gunung ledang ke MELAKA. untuk menghalang SULTAN MELAKA dari mengorbankan ANAKDANYA untuk memuaskan kesemua sulam kata yang diberi oleh TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG,
namun begitu 7 sulam kata itu hanya mainan bibir TUAN PUTERI untuk menolak peminagan itu,yang tanpa difikir secara waras oleh SULTAN MELAKA,
TUAN PUTERI merayu kepada SULTAN MELAKA agar cinta nya di tentukan oleh diri nya sendiri dengan bungan dengan niat di perdagangkan, maka TUAN PUTERI memohon untuk menetap di puncak GUNUNG LEDANG tanpa menyakitkan hati sesiapa untuk memenuhi kata hatinya..
maka dengan penuh MURKANYA SULTAN MELAKA berkata !!!!
beta perkenankan permintaan tuan puteri akan tetapi !!!!
DAN SESUNGGUH NYA BUMI MELAKA INI BUMI BERDAULAT!!!!!
di arahkan TUAN PUTERI akan keseorangkan dipuncak gunung ledang tidak boleh di pandang oleh sesiapa sesudah subuh kelak. nescaya dia yang memandang BETA sumpah!!!! hilang nyawa bermuntahkan darah!!!
maka dengan penuh hiba TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG pulang kepuncak gunung ledang.. menantikan saat SUMPAHAN itu termakbul...
kesedihan TUAN PUTERI diketahui oleh LAKSAMANA HANG TUAH..
maka LAKSAMANA HANG TUAH menurut pergi ke GUNUNG LEDANG mencari kekasih hati nya.
setibanya LAKSAMANA HANG TUAN di puncak gunung ledang, sudah menghampiri kepada subuh.. dengan penuh rasa kecewanya,hampa dan sedih LAKSAMANA HANG TUAH merayu akan TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG menunjukkkan dirinya... dengan penuh rasa hiba,sedih dan takut TUAN PUTERI menyembunyikan diri tanpa dilihat OLEH LAKSAMANA HANG TUAH.. kerna takutkan LAKSAMANA HANG TUAN mati bermuntahkan darah di atas sumpahan SULTAN MELAKA...... MAKA TERPUTUSLAH KISAH CINTA YANG HANYA DAPAT DIRASAKAN DENGAN DERUPAN ANGIN YANG MENYELUBUNGI DIR LAKSAMANA HANG TUAH....
CINTA LAKASAMANA HANG TUAH KEPADA TUAN PUTERU GUNUNG LEDANG TIDAK TERNILAI DENGAN HARTA BENDA, KERANA LAKSAMANA HANGTUAH TELAH MEMBUANGKAN DIRINYA DARI MENJADI LAKSAMANA MELAKA, CINTA LAKSAMANA HANG TUAH TIDAK DAPAT DIBALAS DENGAN SENTUHAN DARI TUAN PUTERI GUNUG LEDANG, CUMA DAPAT DIRASAI OLEH HATI SANUBARI DI ANTARA LAKSAMAN HANG TUAH DENGAN PUTERI GUNUNG LEDANG..

TAMAT LAH CERITA HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG...

cerita ini di adaptasi dari cerita puteri gunung ledang...
terimakasih kerna membaca... JIKA ADA SILAP DAN SALAH
HAMBA MOHON AMPUN DAN MAAF...

     wassalam

YANG BENAR
  raja aizuddin

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More